Ayam Brand™ Perkenal Kempen ‘All Happy Families’

malaysia-resize

Ayam Brand™, pembekal makanan dalam tin tanpa bahan pengawet atau tambahan MSG, mengukuhkan pasarannya di peringkat global dengan menekankan tradisi jenama Asia itu melalui Kempen ‘All Happy Families’ yang dibina atas warisan gemilang menjadi kegemaran keluarga selama lebih daripada 120 tahun.

Ditubuhkan pada 1892, Ayam Brand™ amat dikenali ramai dengan logo ayam jantannya. Ia merupakan salah satu jenama konsumer tertua di Asia dengan pejabat di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun, dan dipasarkan lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia. Ayam Brand™ juga terpilih secara konsisten sebagai 500 jenama terbaik di Asia.

Jenama tersebut kini mengeluarkan lebih 60 juta tin setahun dan mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja di serata dunia. Ayam Brand™ terkenal dengan produk ikan dalam tin seperti sardin, mackerel dan tuna, ramuan Asia seperti santan kelapa, sos dan perencah, buah-buahan serta sayur-sayuran seperti kacang panggang, kacang pea, cendawan, nanas dan banyak lagi.

Sejajar dengan aspirasi untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat global, Ayam Brand™ melancarkan promosi masakan Asia, di serata dunia, khususnya Malaysia melalui Kempen ‘All Happy Families’ yang menonjolkannya sebagai satu jenama warisan yang dipercayai dan digemari oleh semua lapisan generasi di rantau ini.

Ayam Brand™ berkunjung ke serata dunia untuk menemui beberapa keluarga sebenar bagi berkongsi bagaimana Ayam Brand™ menjadi sebahagian daripada tradisi keluarga mereka. Satu siri temu ramah video bersama keluarga-keluarga ini kini dipaparkan di laman web dan laman peminat Facebook Ayam Brand™. Pengguna juga dijemput untuk berkongsi cerita mereka dalam pertandingan ‘All Happy Families’ di Facebook di mana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai kekeluargaan, tradisi dan Ayam Brand™.

Kempen ini memaparkan keluarga tempatan yang hidup bahagia dengan cerita dan tradisi masakan tersendiri di beberapa lokasi ikonik seperti pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur, Rumah Opera Sydney, puncak tertinggi pulau Hong Kong dan Marina Barrage, Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 12 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: