Ayam Brand Memperkenalkan Resipi Manis dan Lazat yang Mudah namun Menarik Untuk Musim Perayaan

Tuna Bergerdil yang menyelerakan boleh dihidangkan sebagai burger juga!
Tuna Bergerdil yang menyelerakan boleh dihidangkan sebagai burger juga!

Jika anda bercadang untuk melayan tetamu di rumah pada musim perayaan ini, anda kenalah menghasilkan juadah yang mempunyai faktor ‘Wow’– tetamu akan kagum dengan rupa dan rasa juadah anda dan anda pula berpuas hati dengan resipinya yang bukan sahaja cepat dan mudah malah juga menyihatkan!

Kek Pic Ayam Brand yang sedap dan mengagumkan
Kek Pic Ayam Brand yang sedap dan mengagumkan

Ayam Brand™, jenama yang masyhur dengan rangkaian luas produk makanan dalam tin yang menyihatkan, mudah dan bebas bahan awet, telah menguji dengan teliti empat resipi untuk membuatkan penyediaan juadah perayaan di rumah cepat, menarik dan lazat.

Tat Nenas tradisional adalah salah satu juadah wajib ketika musim perayaan
Tat Nenas tradisional adalah salah satu juadah wajib ketika musim perayaan

Empat resipi tersebut adalah resipi lazat Cendawan Dumpling dan Tuna Bergerdil, dan resipi manis Tat Nenas dan Kek Pic.

Ayam Brand bekerjasama dengan chef dan penggemar makanan tempatan bagi memperelok dan memudahkan resipi-resipi ini sehingga ia mudah disediakan, berkhasiat dan lazat, serta menggunakan makanan dalam tin yang berkualiti. Kebanyakan daripada resipi-resipi ini boleh disediakan, dimasak atau dibakar dalam tempoh satu jam.

Cendawan Dumpling Ayam Brand mempunyai unsur-unsur gyoza Jepun yang boleh menarik perhatian tetamu
Cendawan Dumpling Ayam Brand mempunyai unsur-unsur gyoza Jepun yang boleh menarik perhatian tetamu

Cubalah resipi-resipi Ayam Brand ini. Keluarga dan sahabat handai pasti kagum dengan juadah yang anda sediakan di musim perayaan ini.

Untuk lebih banyak lagi resipi menyihatkan dan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, layari www.ayambrand.com.my atau sertai facebook : Ayam Brand-World of Recipes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 7 ?
Please leave these two fields as-is: